Didasar Laut Mati: Perkuburan Kaum Sodom

 


Laut mati atau The Dead Sea, hari ini menjadi salah satu tempat perlancongan sekiranya melawat ke sempadan Jordan. Sekilas pandang nampak seperti tempat perlancongan biasa. Apa yang menarik di tempat ini? detik hati. Kerana kau boleh terapung diatasnya? Atau kerana fakta yang mengatakan bahawa kandungan garam laut itu terlalu tinggi sehingga tiada hidupan hidup didalamnya? Gelak tawa pelancong yang datang terus menyapa telinga.

Andai kalian tahu ini adalah perkuburan sebuah kaum terdahulu yang mempunyai akhlak yang teruk, pastinya tiada gelak tawa yang terkeluar apabila melihat tempat ini. Andai kalian tahu apa yang laut mati saksikan pada ribuan tahun dahulu, pasti tiada senyuman yang tersugil dari bibir kalian.

Kaum Sodom telah diutuskan seorang nabi kepada meraka yang bernama Nabi Luth A.S. Dikatakan akhlak penduduk kota Sodom sangat buruk. Peniaga menipu dalam meniaga, kecurian, pecah amanah dan sebagainya. Kisah penduduk kota Sodom ini telah diabadikan dalam kitab suci Al-Quran malah juga dalam kitab Injil.

Tapi bukan kerana sikap-sikap buruk itu, kaum Sodom dikisahkan didalam Al-quran akan tetapi perbuatan penduduk kota Sodom yang mengamalkan budaya seks sejenis atau homoseksual. Kaum Sodom merupa manusia-manusia pertama yang melakukan zina terlaknat itu. 

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".  

Surah al-A'raf (80-82)

Akan tetapi kaum Sodom enggan mendengar dakwah Nabi Allah Luth A.S malah mahu mengusir Nabi Luth keluar dari kota. Mereka juga mengejek ajaran yang bibawa oleh Nabi Luth A.S.

"Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar"

Surah al-Ankabut (29)

Setelah sekian lama Nabi Luth tetap tidak putus untuk mengajak kaum Sodom insaf dan menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Namun beratus tahun lamanya, mereka degil dan terus ingkar. Lalu Nabi Luth berdoa meminta pertolongan Allah kerana tidak sanggup lagi melihat perbuatan terkutuk dilakukan diatas bumi.

Luth berdoa: "Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerusakan itu"

Surat Al-‘Ankabut Ayat 30

Doa Nabi Luth A.S. juga terakam dalam Al-Quran,

(Luth berdoa): "Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan"

Asy-Syu’ara Ayat 169


Lalu Allah SAW mengutuskan dua Malaikat ke bumi. Kedua-dua malaikat itu turun dalam menyerupai pemuda yang memiliki rupa paras yang tampan. Malaikat-malaikat itu datang ke rumah rumah Nabi Luth A.S. sebagai tetamu. Melihat akan hal itu, lantas Nabi Luth memesan kepada ahli keluarganya agar merahsiakan kedatangan tetamu dirumah mereka.

Namun, isteri Nabi Luth , Wa'ilah enggan mendengar arahan suaminya. Dia menghebohkan kedatangan tetamu dirumahnya.Dia juga memberitahu bahawa tetamu-tetamu itu mempunyai rupa paras yang kacak. Lalu berlumba-lumba lelaki kaum Sodom ke rumah Nabi Luth. Mereka mengugut agar Nabi Luth A.S. menyerahkan kedua lelaki itu kepada mereka.

Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan."

Surah Hud (77)


Nabi Luth sangat malu dengan sikap kaumnya dan menghalang pintu daunmya dari dibuka oleh kaumnya. Nabi Luth menawarkan anak-anak perempuannya untuk diperisterikan oleh mereka agar mereka berhenti melakukan hubungan sejenis. 

Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). 

Surah Hud (78)


Namun lelaki-lelaki kaum Sodom membantah keras tawaran Nabi Luth A.S. Lantas kedua pemuda itu terus memberitahu bahawa mereka adalah malaikat sebenarnya. Yang datang membawa berita akan datang azab keatas kaum itu. Mereka menyuruh agar Nabi Luth membiarkan pintu yang ditahan baginda terbuka luas. Dengan pantasnya lelaki-lelaki kaum Sodom memasuki rumah Nabi Luth A.S. Namun sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki kedalam, pandangan mereka dibutakan. 

Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu! Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).

Surah al-Qamar (37-38)


Kedua malaikat itu bemberitahu supaya Nabi Luth segera membawa keluarganya keluar dari kota itu sebelum menjelang subuh esok. Dan memesan supaya jangan berpaling kebelakang langsung. Akan tetapi isterinya Nabi Luth tidak mahu mendengar arahan itu lalu berpaling kebelakang lalu termasuk sekali bersama azab yang sedang diturunkan keatas kaum itu.

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.

Surah Hud (82-83)


Allah SAW telah menebalikkan kota itu tertimbus kedalam bumi dan menghujani mereka dengan batu-batu tanah yang dibakar.  Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa. Begitulah kisahnya kaum Sodom yang melakukan zina terkeji yang tak pernah dilakukan oleh kaum-kaum sebelum mereka.

Hayatilah kisah ini, Laut Mati tidak lagi kelihatan tempat pelancongan dimata kalian. Malah ianya tempat untuk bermuhasabah diri. Pandangan sayu diarahkan ke Laut Mati. Semoga kita terus berada didalam perlidungan-Nya.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman aku diet turun 14KG!!

Brightness tak boleh adjust selepas update Window 10