Posts

Showing posts from February, 2020

Pengalaman aku diet turun 14KG!!

Image
Assalamualaikum. Salut! Dalam post kali ini, aku nak bagitahu kalian tips macam mana aku diet turun 14 kg dalam masa 6 bulan. Ya kawan-kawan, 6 bulan alright. Lama sangat? Aku ulang balik semula, ini diet tanpa senaman, jadi sepanjang program diet ni aku memang elakkan sebarang aktiviti lasak atau vigorous activities bak kata westerners. Kalian kena ingat, diet, diet juga tapi kesihatan kena jaga juga. Sebab apa aku elakkan aktiviti lasak sepanjang tempoh ini? Sebab diet yang aku amalkan adalah diet cut meal. Berat asal aku 74 kg dengan ketinggian 151 cm, aku nampak seperti dumpling berjalan alright. Dengan keadaan yang gebu gebas ni, aku tak suka beli baju sebabnya asal aku berkenan saiz takda. Kalau ada pun, bila sarung memang tak cantik kat badan. Bermacam jenis diet aku dah cuba tapi tak jadi juga. Exercise macam cara dah lagi padu lemak aku adalah. Last-last ummi aku bagi cadangan, Ev, ummi rasa eloklah ev kuruskan dulu badan lepas itu baru exercise untuk toning badan.

Bonjour

Image
Assalammualaikum. Bonjour! Blog ni aku gunakan untuk meng-upload hasil-hasil tulisan novel aku. Aku menulis sekadar mencurahkan imaginasi di kepala. Genre apa yang paling minat? Of course romance uolls! Pantang nampak scene romantik, cair rasanya. Selain tu, aku suka genre sci-fic, adventure and thriller. Horror? Big NO guys! Aku tidur bilik seorang. Kang nak ke toilet takut, ke dapur takut. Kat sini juga aku akan turunkan tips yang aku tahu. Contohnya: cara turunkan berat badan, macam mana nak atasi masalah takut bahasa inggeris dan sebagainya. Or, kalian boleh comment pada aku apa tips korang teringin nak tahu. By the way, nama aku Ev. Stand for Evil, Everything.