Pengalaman aku diet turun 14KG!!


Assalamualaikum.

Salut!

Dalam post kali ini, aku nak bagitahu kalian tips macam mana aku diet turun 14 kg dalam masa 6 bulan. Ya kawan-kawan, 6 bulan alright. Lama sangat? Aku ulang balik semula, ini diet tanpa senaman, jadi sepanjang program diet ni aku memang elakkan sebarang aktiviti lasak atau vigorous activities bak kata westerners. Kalian kena ingat, diet, diet juga tapi kesihatan kena jaga juga.

Sebab apa aku elakkan aktiviti lasak sepanjang tempoh ini? Sebab diet yang aku amalkan adalah diet cut meal. Berat asal aku 74 kg dengan ketinggian 151 cm, aku nampak seperti dumpling berjalan alright. Dengan keadaan yang gebu gebas ni, aku tak suka beli baju sebabnya asal aku berkenan saiz takda. Kalau ada pun, bila sarung memang tak cantik kat badan. Bermacam jenis diet aku dah cuba tapi tak jadi juga. Exercise macam cara dah lagi padu lemak aku adalah. Last-last ummi aku bagi cadangan, Ev, ummi rasa eloklah ev kuruskan dulu badan lepas itu baru exercise untuk toning badan.

Dalam banyak-banyak cara diet, aku kena dengan satu cara sahaja. Iaitu diet cut meal.

  • Sarapan aku cuma minum secawan kopi atau oat campur susu. 
  • Tengahari aku makan kuih RM3 atau lauk sayur. Tak kisah jenis apa pun.
  • Malam biasa aku tak makan. Tapi kalau lapar sangat, aku makan lauk sayur.
Ini sahaja meal plan aku. Aku memang cut habis pengambilan makanan aku. Tapi sebelum tu kau kena buat preparation. JANGAN CUT TERUS, nanti diet kau jadi sehari je. Seminggu atau dua minggu sebelum kau boleh makan apa yang kau nak tapi had kan dalam saiz piring cawan. Ya, piring cawan yang kecil tu. Dan malam jangan makan sebab malam perut kena rehat juga.

Diet cut meal ni, kebaikan dia dia akan mengecilkan saiz perut kau. Tahu tak kenapa kalian rasa lapar setiap masa? Disebabkan konsumsi makanan yang banyak, saiz perut kalian menjadi besar dan sering memberi signal lapar. Sebab tu sunnah nabi, berhenti sebelum kenyang. Perut kita ni kawan-kawan, macam stoking, kalau sarung kat kaki yang besar, getah dia kan makin longgar dan besar?

Seterusnya, apa yang kalian kena take note adalah pastikan setiap hari kalian buang air besar tanpa gagal. Kalian nak tahu kenapa orang badan kecil, makan banyak tapi badan tak naik? sebabnya metabolism mereka tinggi. Proses pembuangan mereka lancar. Makan pagi, belum tengahari dah pergi membuang. Secara logiknya apa yang masuk dalam badan mesti kena buang, betul tak? So solusi kepada permasalahan ini adalah aku sarankan kalian konsum air tea detox. Minum malam sebelum tidur, esok tu confirm lega usus kalian.

Tips nak elak kalian ambil makanan banyak adalah minum air 30 min sebelum lunch. Ini sangat membantu, minum air mineral satu botol kecil sebelum makan buat kalian rasa perut kalian bloated dan kenyang sebentar. Paling penting sebelum tidur minum juga air mineral supaya badan terhidrat  sepanjang malam dan elok untuk membersihkan buah pinggang kalian.

Lastly, Ev nak kasi tip pasal timbang berat. Ada yang bagi tip untuk jangan sesekali timbang bera sepanjang program die berlangsung. Tapi bagi aku, aku kumpul berat yang aku lost setiap hari. Jadi aku akan timbang pagi (berat sebenar kalian semasa perut kosong) dan sebelum tidur. Jadi berat yang hilang setiap hari biasa dlam 200 ke 300 gram sehari. Dengan aku timbang setiap hari juga menghilangkan insecure aku dengan pertambahan kg yang mungkin berlaku.

Alright kawan-kawan. Itu sahaja tips diet dari aku. Jumpa lagi dalam post akan datang.

Au revoir.

Ps: Aku ada menulis novel dan post dalam blog ni. Sesiapa yang berminat boleh tekan sini. Lepas baca boleh comment pada aku apa yang kalian rasa. Novel ni aku akan update week by week. So nantikan alright. Terima kasih atas sokongan kalian.

Comments

Popular posts from this blog

Didasar Laut Mati: Perkuburan Kaum Sodom

Bonjour