Posts

Showing posts from 2021

Didasar Laut Mati: Perkuburan Kaum Sodom

Image
  Laut mati atau The Dead Sea, hari ini menjadi salah satu tempat perlancongan sekiranya melawat ke sempadan Jordan. Sekilas pandang nampak seperti tempat perlancongan biasa. Apa yang menarik di tempat ini? detik hati. Kerana kau boleh terapung diatasnya? Atau kerana fakta yang mengatakan bahawa kandungan garam laut itu terlalu tinggi sehingga tiada hidupan hidup didalamnya? Gelak tawa pelancong yang datang terus menyapa telinga. Andai kalian tahu ini adalah perkuburan sebuah kaum terdahulu yang mempunyai akhlak yang teruk, pastinya tiada gelak tawa yang terkeluar apabila melihat tempat ini. Andai kalian tahu apa yang laut mati saksikan pada ribuan tahun dahulu, pasti tiada senyuman yang tersugil dari bibir kalian. Kaum Sodom telah diutuskan seorang nabi kepada meraka yang bernama Nabi Luth A.S. Dikatakan akhlak penduduk kota Sodom sangat buruk. Peniaga menipu dalam meniaga, kecurian, pecah amanah dan sebagainya. Kisah penduduk kota Sodom ini telah diabadikan dalam kitab suci Al-Quran

Kota Pompeii: tertanam bawah bumi

Image
  Hari itu kelihatan seperti hari-hari biasa. Langit cerah sambil awan berarak tenang. Angin bertiup sempoi. Kota subur itu sibuk dengan kegiatan harian. Kanak-kanak lari berkeliaran dan peniaga riuh melayan pelanggan. Pada hari itu, 24 ogos 79 CE, segalanya terlihat normal.  Tiba-tiba tanah terasa gempa yang kuat sehingga menimbulkan perasaan panik pada penduduk tempatan. Kedengaran pasu-pasu hiasan dan barangan seramik jatuh berkecai ke lantai. Bunyi letupan kuat menyapa telinga. Gerun mula menyapa hati. Apa yang telah berlaku? Gunung Vesuvius yang gah dipinggir Pompeii telah  meletus memuntahkan laharnya. Debu hitam yang tebal mula menyeliputi setiap pelusuk kota. Tiada satu pun yang terkecuali. Ibarat hilang penglihatan, debu hitam itu menghalang terus pandangan mata. Masa seolah terhenti. Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi dibalik debu hitam itu. Seharian kota itu diselaputi debu hitam yang tidak surut-surut. Keesokan harinya, kawasan itu menjadi bahang yang terasa sangat pana