Kota Pompeii: tertanam bawah bumi

 


Hari itu kelihatan seperti hari-hari biasa. Langit cerah sambil awan berarak tenang. Angin bertiup sempoi. Kota subur itu sibuk dengan kegiatan harian. Kanak-kanak lari berkeliaran dan peniaga riuh melayan pelanggan. Pada hari itu, 24 ogos 79 CE, segalanya terlihat normal. 

Tiba-tiba tanah terasa gempa yang kuat sehingga menimbulkan perasaan panik pada penduduk tempatan. Kedengaran pasu-pasu hiasan dan barangan seramik jatuh berkecai ke lantai. Bunyi letupan kuat menyapa telinga. Gerun mula menyapa hati. Apa yang telah berlaku? Gunung Vesuvius yang gah dipinggir Pompeii telah  meletus memuntahkan laharnya. Debu hitam yang tebal mula menyeliputi setiap pelusuk kota. Tiada satu pun yang terkecuali. Ibarat hilang penglihatan, debu hitam itu menghalang terus pandangan mata. Masa seolah terhenti. Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi dibalik debu hitam itu.

Seharian kota itu diselaputi debu hitam yang tidak surut-surut. Keesokan harinya, kawasan itu menjadi bahang yang terasa sangat panas. Lebih memeranjatkan lagi, kota mewah yang subur itu hilang tertanam 9 kaki dibawah debu-debu letusan Gunung Vesuvius. 

Masa terus berlalu, kota Pompeii terus terkubur. Sehingga dunia sudah tidak mengingati kewujudan kota mewah itu lagi.

1700 tahun kemudian, dunia arkeologi digemparkan dengan penemuan sebuah bandar yang hampir sempurna berdekatan dengan pantai teluk Naples. Berjalan ditapak kota itu seolah membawa mereka ke zaman silam kota itu. Artifak seperti barang perhisan, peralatan dapur dan pengangkutan zaman itu ditemui. Malah keadaan bangunan dan laluan masih kukuh berdiri. Namun bukan itu yang mendatangkan rasa kagum pada ahli arkeologi disitu, tetapi figura-figura yang merupai manusia yang bersepahan disekitar kota yang ditemui itu. Setelah dikaji, figura itu rupanya adalah penduduk-penduduk kota Pompeii yang hidup waktu itu. Itu adalah manusia! Badan mereka terawet dibawah lapisan tebal debu letusan Gunung Vesuvius. 

Figura-figura itu berada dalam keadaan sedang melakukan sesuatu. Ada yang kelihatan sedang berlari, ada yang sedang tidur atau baring malah ada yang sedang berpelukan. Penemuan ini telah membuatkan para ahli arkeologi menyelidik susur galur sejarah kota Pompeii. Apa yang mereka temui adalah, rupanya penduduk kota Pompeii mengamalkan gaya hidup seks bebas dan homoseksual. Gambar alat kelamin ditayangkan di tempat umum, malah gambar lukisan perbuatan persetubuhan juga digantung di ruang tamu rumah mereka seolah memang untuk dipersembahkan pada tetamu yang datang. 

Kisah penduduk kota Pompeii ini mirip dengan kisah kaum Sodom yang juga melakukan hubungan homoseksual. Kaum Sodom enggan mengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi Luth A.S. dan memilih untuk terus mungkar perintah Allah. Lalu Allah binasakan kaum itu dengan menebalikkan kota Sodom disusuli dangan hujan batu yang menghancurkan seluruh kaum itu. 




Comments

Popular posts from this blog

Didasar Laut Mati: Perkuburan Kaum Sodom

Pengalaman aku diet turun 14KG!!

Bonjour