Posts

Didasar Laut Mati: Perkuburan Kaum Sodom

Image
  Laut mati atau The Dead Sea, hari ini menjadi salah satu tempat perlancongan sekiranya melawat ke sempadan Jordan. Sekilas pandang nampak seperti tempat perlancongan biasa. Apa yang menarik di tempat ini? detik hati. Kerana kau boleh terapung diatasnya? Atau kerana fakta yang mengatakan bahawa kandungan garam laut itu terlalu tinggi sehingga tiada hidupan hidup didalamnya? Gelak tawa pelancong yang datang terus menyapa telinga. Andai kalian tahu ini adalah perkuburan sebuah kaum terdahulu yang mempunyai akhlak yang teruk, pastinya tiada gelak tawa yang terkeluar apabila melihat tempat ini. Andai kalian tahu apa yang laut mati saksikan pada ribuan tahun dahulu, pasti tiada senyuman yang tersugil dari bibir kalian. Kaum Sodom telah diutuskan seorang nabi kepada meraka yang bernama Nabi Luth A.S. Dikatakan akhlak penduduk kota Sodom sangat buruk. Peniaga menipu dalam meniaga, kecurian, pecah amanah dan sebagainya. Kisah penduduk kota Sodom ini telah diabadikan dalam kitab suci Al-Quran

Kota Pompeii: tertanam bawah bumi

Image
  Hari itu kelihatan seperti hari-hari biasa. Langit cerah sambil awan berarak tenang. Angin bertiup sempoi. Kota subur itu sibuk dengan kegiatan harian. Kanak-kanak lari berkeliaran dan peniaga riuh melayan pelanggan. Pada hari itu, 24 ogos 79 CE, segalanya terlihat normal.  Tiba-tiba tanah terasa gempa yang kuat sehingga menimbulkan perasaan panik pada penduduk tempatan. Kedengaran pasu-pasu hiasan dan barangan seramik jatuh berkecai ke lantai. Bunyi letupan kuat menyapa telinga. Gerun mula menyapa hati. Apa yang telah berlaku? Gunung Vesuvius yang gah dipinggir Pompeii telah  meletus memuntahkan laharnya. Debu hitam yang tebal mula menyeliputi setiap pelusuk kota. Tiada satu pun yang terkecuali. Ibarat hilang penglihatan, debu hitam itu menghalang terus pandangan mata. Masa seolah terhenti. Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi dibalik debu hitam itu. Seharian kota itu diselaputi debu hitam yang tidak surut-surut. Keesokan harinya, kawasan itu menjadi bahang yang terasa sangat pana

Brightness tak boleh adjust selepas update Window 10

Image
Assalamualaikum semua. Salut everyone! Aku up post kali ni untuk bagi pendedahan tentang satu solusi yang aku temui tentang laptop aku. Ceritanya bermula begini, satu petang yang bahang, Window bagi satu notifikasi tentang update window 10. Makanya aku pun tanpa berlengah terus 'allow' action tersebut. Masalah bermula apabila aku dapati selepas Window aku updated, bila aku nak play movie menggunakan VCL Media Player, video aku suara yang stuck dan cursor aku pun lagging semacam. Kemudian aku cuba untuk low brightness aku, langsung tak boleh guys! Aku tertanya-tanya apa yang telah berlaku? So aku pun apalagi, search la google. Dan aku jumpa solusinya kawan-kawan! Cara nya adalah, pergi ke search > device manager > display adapter , click pada drop down kemudian right click dan click pada update device. Insya Allah, laptop kawan-kawan akan pulih selepas itu. Solusi ini aku temui di page ini.  Itu sahaja dari aku. Semoga berjaya. Assalamualaikum et au