Posts

Showing posts from 2020

Brightness tak boleh adjust selepas update Window 10

Image
Assalamualaikum semua. Salut everyone! Aku up post kali ni untuk bagi pendedahan tentang satu solusi yang aku temui tentang laptop aku. Ceritanya bermula begini, satu petang yang bahang, Window bagi satu notifikasi tentang update window 10. Makanya aku pun tanpa berlengah terus 'allow' action tersebut. Masalah bermula apabila aku dapati selepas Window aku updated, bila aku nak play movie menggunakan VCL Media Player, video aku suara yang stuck dan cursor aku pun lagging semacam. Kemudian aku cuba untuk low brightness aku, langsung tak boleh guys! Aku tertanya-tanya apa yang telah berlaku? So aku pun apalagi, search la google. Dan aku jumpa solusinya kawan-kawan! Cara nya adalah, pergi ke search > device manager > display adapter , click pada drop down kemudian right click dan click pada update device. Insya Allah, laptop kawan-kawan akan pulih selepas itu. Solusi ini aku temui di page ini.  Itu sahaja dari aku. Semoga berjaya. Assalamualaikum et au

Macam mana aku mula tak malu berbahasa Inggeris.

Image
Assalamualaikum guys! Bonjour or good day! Dalam post kali ini, aku nak cerita pada kalian kisah macam mana aku improve ataupun mempertingkatkan bahasa inggeris. Kisah ini  of course la bermula dari aku sekolah rendah. Dari sekolah rendah lagi aku memang tak suka bahasa inggeris. Belajar pun biar asal lulus je. Sampai ke sekolah menengah macam tu. Asal dapat result periksa je dapat B. Tak pernah kurang or lebih dari tu. So expectation aku memang low la pada bahasa inggeris ni. Kalau nak cuba speaking, malu bhai! Berkerut--kerut kening aku dok fikir vocabulary sahaja. Spelling pun sama haram. Result je B, tapi sebenarnya aku macam tak tahu apa-apa berkenaan bahasa inggeris. Sudah nya SPM aku pun result BI ni pun memang dah boleh agak la kan, B aja lah. Alright, selepas SPM aku ada rezeki untuk sambung ke Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak. Iyalah kan, aku ni student biasa-biasa sahaja. Dapat tawaran ke matrik tu kira Alhamdulillah lerr. Sebab dalam pelan perancangan study

Pengalaman aku diet turun 14KG!!

Image
Assalamualaikum. Salut! Dalam post kali ini, aku nak bagitahu kalian tips macam mana aku diet turun 14 kg dalam masa 6 bulan. Ya kawan-kawan, 6 bulan alright. Lama sangat? Aku ulang balik semula, ini diet tanpa senaman, jadi sepanjang program diet ni aku memang elakkan sebarang aktiviti lasak atau vigorous activities bak kata westerners. Kalian kena ingat, diet, diet juga tapi kesihatan kena jaga juga. Sebab apa aku elakkan aktiviti lasak sepanjang tempoh ini? Sebab diet yang aku amalkan adalah diet cut meal. Berat asal aku 74 kg dengan ketinggian 151 cm, aku nampak seperti dumpling berjalan alright. Dengan keadaan yang gebu gebas ni, aku tak suka beli baju sebabnya asal aku berkenan saiz takda. Kalau ada pun, bila sarung memang tak cantik kat badan. Bermacam jenis diet aku dah cuba tapi tak jadi juga. Exercise macam cara dah lagi padu lemak aku adalah. Last-last ummi aku bagi cadangan, Ev, ummi rasa eloklah ev kuruskan dulu badan lepas itu baru exercise untuk toning badan.

Bonjour

Image
Assalammualaikum. Bonjour! Blog ni aku gunakan untuk meng-upload hasil-hasil tulisan novel aku. Aku menulis sekadar mencurahkan imaginasi di kepala. Genre apa yang paling minat? Of course romance uolls! Pantang nampak scene romantik, cair rasanya. Selain tu, aku suka genre sci-fic, adventure and thriller. Horror? Big NO guys! Aku tidur bilik seorang. Kang nak ke toilet takut, ke dapur takut. Kat sini juga aku akan turunkan tips yang aku tahu. Contohnya: cara turunkan berat badan, macam mana nak atasi masalah takut bahasa inggeris dan sebagainya. Or, kalian boleh comment pada aku apa tips korang teringin nak tahu. By the way, nama aku Ev. Stand for Evil, Everything.