Macam mana aku mula tak malu berbahasa Inggeris.



Assalamualaikum guys!

Bonjour or good day!

Dalam post kali ini, aku nak cerita pada kalian kisah macam mana aku improve ataupun mempertingkatkan bahasa inggeris.

Kisah ini  of course la bermula dari aku sekolah rendah. Dari sekolah rendah lagi aku memang tak suka bahasa inggeris. Belajar pun biar asal lulus je. Sampai ke sekolah menengah macam tu. Asal dapat result periksa je dapat B. Tak pernah kurang or lebih dari tu.

So expectation aku memang low la pada bahasa inggeris ni. Kalau nak cuba speaking, malu bhai! Berkerut--kerut kening aku dok fikir vocabulary sahaja. Spelling pun sama haram. Result je B, tapi sebenarnya aku macam tak tahu apa-apa berkenaan bahasa inggeris. Sudah nya SPM aku pun result BI ni pun memang dah boleh agak la kan, B aja lah.

Alright, selepas SPM aku ada rezeki untuk sambung ke Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak. Iyalah kan, aku ni student biasa-biasa sahaja. Dapat tawaran ke matrik tu kira Alhamdulillah lerr. Sebab dalam pelan perancangan study aku, lepas matrik setahun aku nak terus sambung degree. Kalau boleh taknak buat diploma. Fast track la konon nya tu.

Aku mula buka mata pasal bahasa inggeris ni bermula di matrik. Ditakdirkan aku satu bilik dengan roommate dengan budak yang memang tak ada masalah nak speaking. Kira BI dia macam air yang mengalir lah kalau speaking tu. Aku macam cemburu juga masa tu. Rommate aku ni, aku perasan dia suka membaca dalam bahasa inggeris.

Maka aku tanya la dia punya favorite books dia apa. Dia perkenalkan aku dengan satu apps ni, namanya 'Wattpad'. So start daripada tu, aku mula baca novel-novel BI dalam apps tu. Kalau kalian nak tahu, aku memang tak suka baca buku ilmiah, tapi novel aku cukup suka. Kehkeh, lagi-lagi genre romance.

So tip pertama nak berjinak dengan bahasa inggeris:
1) Baca buku cerita atau novel genre yang kalian suka.

Kalian baca la ikut genre kegemaran kalian. App watpad tu adalah tempat penulis newbies yang nak publish buku karangan mereka. Kalau kalian nak try menulis dalam tu pun boleh juga, sebab ramai juga penulis novel BI dalam tu sebenarnya bukan native english speaker pun. Mereka pun mengasah bahasa inggeris mereka melalui penulisan novel.

Disebabkan buku-buku dalam ni ramai budak newbie yang menulis, bahasa inggeris mereka lebih simple dan mudah untuk difahami berbanding kalau kalian cuba baca novel BI yang terjual dikedai buku. Kalian boleh cari pelbagai genre dalam app ni. Antara genre yang aku suka adalah romance, vampire, werewolf, sci-fic dan advanture.

Kalau korang tak faham pun kalian teruskan je bacaan kalian tu, dia akan sampai satu tahap kalian boleh teka yang perkataan yang kalian tak tahu berdasarkan ayat yang kalian baca.

Buku novel BI pertama yang aku try baca (pinjam si roommate) adalah novel yang telah diangkat menjadi movie iaitu Warm Bodies.


OMG guys, aku macam masuk ke alam yang baru. Sebab aku first time rasa best nya baca buku-buku novel BI. Satu genre yang susah nak jumpa pun dalam novel malayu (genre zombi romance). So lepas aku habis baca buku ni, aku tengok movie dia pula. Movie dia macam tak full filling tau macam mana kalian baca novel dia. Banyak scence yang tak ada. Aku rasa puas giler baca novel BI. 

Start daripada itu lah, minat aku untuk mempertingkatkan bahasa inggeris aku mula bertambah. 

2) Dengar lagu-lagu bahasa inggeris.

Lepas practice reading kita guna bacaan novel BI dengan genre yang kita minat, Then practice listening pula. Dengan mendengar lagu-lagu bahasa inggeris. Cuba dengar dan figure out lirik dia. Lepas tu, kalau ada yang kalian macam tak faham juga lirik dia, barulah kalian search lirik. Bila kalian search lirik juga boleh membesarkan lagi vocabulary kalian.

Kalian cuba lah dengar genre yang kalian minat R&B, hip hop, jazz, balada. Yang penting kalian kena minat genre tu. Kalau tak minat, memang aku pun tak suka dengar.

3) Tengok movie.

Macam biasa la, tengok movie BI juga boleh memperbanyakkan lagi vocabulary BI kalian. Melalui movie juga kalian boleh practice slang atau accent language yang diorang gunaan. Kalau aku, personally aku suka british accent macam harry potter and hermione. Sexy gitu..Kehkeh..

Lastly, macam mana nak practice speaking? Aku sarankan,
4) Kawan dengan kawan yang speaking BI.

Okay, memang tak ada cara lain kalau nak practice speaking kalau nak berlatih bercakap. Kalian cari la member kalian yang memang tak ada masalah nak speaking dengan kalian. Kalian try je cakap dulu. Grammar tu kemudian hari. 

Bonus tip: Lepas baca novel BI, dan tengok movies, biasa kalian akan pick up beberapa phrases yang simple macam 'where's the fire' atau 'out of the blue'. Try guna phrases yg simple dan pendek ni dalam perbualan harian kalian bila kena situasinya. Supaya kalian tak lupa phrases ni.

Okay ni 4 tips yang aku boleh kongsikan dengan kalian. Tips yang bagi ni mungkin yang tak boleh bagi english kalian perfect. Aku tak menjanjikan BI kalian terus perfect grammar. Tapi tips ni aku kongsikan untuk kalian mahir nak guna kan untuk speaking dan listening. Dan secara tidak langsung, kalian tak akan ada masalah dan tak malu untuk bercakap dengan english speaker dan belajar subjek-subjek yang menggunakan BI sebagai medium pembelajaran. 

Selepas aku berjinak dengan bahasa inggeris. Aku dah tak benci lagi dengan text-text BI. Result test MUET aku jadi bagus. Alhamdulillah aku dah dapat atasi masalah 'no english'. Kalian jangan takut dengan english speaker, dok risau pasal grammar. Actually, diorang pun tak amik kisah dengan grammar kalian. Asalkan diorang faham dengan apa yang kalian cakapkan. 

Okay. kawan-kawan. Sampai sini sahaja tulisan aku hari ini.

Assalamualaikum et au revoir.  

Comments

Popular posts from this blog

Didasar Laut Mati: Perkuburan Kaum Sodom

Pengalaman aku diet turun 14KG!!

Bonjour