HANYA DIA

Sinopsis

Pintu gelongsor wardrobe dirapatkan. Pantulan imej pada cermin ditatap. Sweater disarung ke badan menutup tank top didalam. Rambut potongan 'short pixie' diperkemaskan. Tangan menyambar deck kesayangan. Kaki disarung sneakers. Headphone disangkut ke leher. Guess ditangan dijeling. Kemudian bibir mengukir sengih. 'Okey Zuck, here we go'

Kaki menekan clash sementara tangan memasukkan gear kemudian pedal minyak ditekan. Kereta satria neo merah cili mengaum sebelum menuju ke bukit jalil.

'Weh,minah! Kau ni kategori perempuan ke?'
Kaki berhenti melangkah.
Aiman Zulaikha berpaling kebelakang.Bibir mengoyak sengih.
'Kau ingat kau lelaki ke?'
'Kurang ajar kau ,perempuan!'
'Jadi aku ni kategori perempuanlah?'

Menetap di Malaysia selepas kedua orang tuanya meninggal kerana terlibat dalam satu nahas jalan raya di UK bukanlah sesuatu yang diinginkan. Wasiat ayah memaksanya pulang ke Malaysia. Aiman Zulaika mulai rimas kerana baginya orang Malaysia 'busy body'

'Kau ni budak pengkitkan? Dasar budak rosak akhlak!'
'Kalau aku pengkit,jadi kau tu bohsialah?'
Mewarisi Megah Holding bukanlah sesuatu yang mudah apabila ia harus berdepan dengan pelbagai 'kata orang'
'Orang kata you ni lesbian'
'Ha'ah, bahaya kalau kau berkemban macam ni depan aku, takut lepas ni aku baham kau'

Namun, kejadian di Midvalley mengubah segalanya apabila muncul seorang lelaki yang yang tidak dikenali.
'Aiman Zulaikha binti Ahmad Firdaus?'
'Er..ya?'
'Akhirnya saya jumpa tunang saya.'
'Excuse me?'
'Aiman Zulaikha, awak tunang saya.'
Zulaikha memicit dahi perlahan.
'Oh god'
'Instead of kau cakap macam tu lebih baik kau terus cakap Ya Allah or Oh Allah aja.Kan lebih bagus.'

Walaubagaimanapun tragedi sewaktu bercuti di Melaka mempertemukannya dengan seseorang yang bakal mengubah hidupnya 180 darjah.
'Aiman Zulaikha,awak harus bertahan!'
'Kau siapa?'

Comments

Popular posts from this blog

Didasar Laut Mati: Perkuburan Kaum Sodom

Pengalaman aku diet turun 14KG!!

Bonjour